Rafizi sah mahu bertanding Timbalan Presiden PKR - Utusan Malaysia

Rafizi sah mahu bertanding Timbalan Presiden PKR

RAFIZI RAMLI sah akan kembali aktif dalam politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli mengumumkan akan bertanding semula dalam pemilihan PKR 2022 untuk merangkul semula jawatan itu. 

Mohd. Rafizi, 44 menerusi satu kenyataan berkata, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada dalam bahaya jika PKR dan Pakatan Harapan (PH) terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

“Pada pandangan saya, dengan perkembangan-perkembangan terbaharu, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada dalam bahaya jika PKR dan PH terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

“Atas kesedaran itu, saya  membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang,” katanya menerusi kenyataan itu. 

Khemah besar

Mohd. Rafizi turut mendedahkan ura-ura terdapat perbincangan antara PH dan Perikatan Nasional (PN) atas semangat ‘khemah besar’. 

“Satu-satunya strategi yang diulang-ulang ialah pendekatan ‘khemah besar’ untuk menyatukan semua parti yang bersaing dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN). Terbaharu, saya dimaklumkan Majlis Presiden PH bersetuju mengambil pendekatan untuk berbincang dengan PN mengenai kemungkinan bekerjasama dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

“Walaupun tidak ada tanda-tanda pun pendekatan “khemah besar” ini mendatangkan sebarang hasil setakat ini, ia kekal menjadi satu-satunya jalan yang difikirkan pimpinan PH seolah-olah keseluruhan pimpinan PH sudah mati akal untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat.

“PKR dan PH menang dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) kerana isu-isu yang dibawa ketika itu dekat dengan rakyat. Rakyat memahami kesan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu kepada kehidupan seharian dan masa depan mereka. Rakyat juga tertarik dengan beberapa penyelesaian yang dibawa untuk merungkai masalah ekonomi yang dihadapi,” jelasnya. 

Mohd Rafizi telah mengambil keputusan untuk merehatkan diri daripada gelanggang politik pada awal 2019. 

Terdahulu, Mohd Rafizi pernah didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Daripada pendedahan itu, belas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana daripada SCR International Sdn. Bhd.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya