PRU15: Enam negeri tidak ikut bubar DUN? - Utusan Malaysia

PRU15: Enam negeri tidak ikut bubar DUN?

AMINUDDIN Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Enam buah negeri dijangka tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Menteri Besar Ne­geri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara tersebut dibincangkannya bersama lima buah negeri lain ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja di ibu negara baru-baru ini.

Tanpa menyebutkan lima negeri lain itu, beliau berkata, kesemua negeri terlibat telah menyatakan hanya akan membubarkan DUN selepas penggal tamat tahun hadapan.

“Saya ada berbincang dengan beberapa negeri, enam negeri termasuk Negeri Sembilan semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja tempoh hari. Enam negeri mengatakan mungkin mereka akan sehingga ke akhir tempoh penggal, saya tidak boleh maklumkan ne­geri-negeri yang mana,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sistem MyCare semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Sembilan di sini semalam.

Ditanya sama ada enam negeri itu terma­suk Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Harapan (PH), Aminuddin mengatakan ada kemungkinan.

“Yang minta (PRU-15 segera) hanya Barisan Nasional (BN), yang lain tidak minta. Untuk makluman, saya tidak bubarkan sehingga tamat tempoh penggal,” kata beliau.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor diperintah oleh kerajaan PH manakala Pas membentuk kerajaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya