Proton Waja terbabas sebelum masuk laluan bertentangan

Proton Waja terbabas sebelum masuk laluan bertentangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton Waja dipandu seorang lelaki dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kuching dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifuddin Mohd. Salleh berkata, kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 39 tahun dipercayai dari arah Jalan Kinabalu menghala ke arah Selayang.

Menurut beliau, ketika tiba di Jalan Kuching, kereta terbabit terbabas dan memasuki ke laluan bertentangan di sebelah kanan serta melanggar di bahagian kanan lori dan bahagian hadapan Toyota Alphard.

“Proton Waja itu turut terhenti di lorong paling kanan iaitu laluan bertentangan lalu dilanggar oleh Perodua Bezza yang datang dari arah belakang.

“Akibat perlanggaran tersebut, pemandu Proton Waja mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) manakala pemandu kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya