PETALING JAYA: Sebanyak 15 titik panas di seluruh Malaysia dikenal pasti bagi pelaksanaan Projek Ambulans Hotspot.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, menerusi projek tersebut, tindak balas ambulans untuk tiba ke lokasi kejadian dapat dipendekkan iaitu 15 minit atau kurang dalam radius kurang daripada 10 kilometer kawasan hotspot.
Katanya, projek melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta dengan kerjasama St John Ambulans Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).
“Untuk Projek Ambulans Hotspots, saya dimaklumkan bahawa projek ini sedang melalui fasa terakhir persiapan dan terdapat di 15 lokasi hostspots baharu di seluruh Malaysia.
“Saya mengambil maklum tarikh 1 April 2022 sebagai sasaran pelancaran perkhidmatan ini. Kita sasarkan tindak balas ambulans lebih baik iaitu 15 minit atau kurang dalam radius kurang daripada 10km hotspot,”semasa mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat PBSMM di sini hari ini. –UTUSAN