Keputusan PRN Johor diterima dengan hati lapang - Utusan Malaysia

Keputusan PRN Johor diterima dengan hati lapang

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas menerima apa jua keputusan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hati lapang dan reda.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kalah dan menang adalah adat pertandingan sekali gus berharap segala usaha selama ini mendapat ganjaran Allah.

Selesai sudah PRN Johor semalam, terima kasih buat semua pengundi Perikatan Nasional (PN) dan semua petugas yang bertungkus-lumus.

“Kalah menang itu adat bertanding. Buat yang rasmi dipilih oleh rakyat, selamat menjalankan tugas,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Pada PRN Johor PN meraih tiga daripada keseluruhan 56 kerusi  iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Maharani dan Bukit Kepong.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya