Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang

EFFA Liyana Yusri  dilaporkan hilang dari rumahnya di Medan Klebang Restu di Ipoh sejak dua minggu lalu. - FOTO/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 18 tahun dari Medan Klebang Restu di sini yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu.

Difahamkan, kehilangan Effa Liyana Yusri disedari hilang oleh bapanya pada 20 Februari lalu setelah didapati tiada di dalam bilik rumah mereka.

Satu laporan polis dibuat bapa remaja itu keesokkan hari di Balai Polis Chemor.

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam satu kenyataan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Aslina Mat Ali di talian 019-2119539 atau 05-2451628.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Ipoh di talian 05-2451500.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja terbabit diharapkan dapat memberi kerjasama bagi membantu siasatan,” ujar kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya