Polis Johor sedia pembukaan sempadan Malaysia-Singapura

Polis Johor sedia pembukaan sempadan Malaysia-Singapura

KAMARUL Zaman Mamat menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota polis sempena Sambutan Hari Polis ke 215 di Padang Kawad IPK, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor telah bersiap sedia memastikan kelancaran pengoperasian pembukaan semula sempadan antarabangsa khususnya melibatkan sempadan Malaysia-Singapura bermula 1 April ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, persediaan itu termasuk dalam menyusun semula penugasan pegawai dan anggota polis di seluruh Kontinjen Johor.

Menurutnya, antara aspek yang akan diberi penekanan adalah peningkatan jumlah kenderaan yang dijangka bertambah secara mendadak berbanding keadaan semasa.

“Polis Johor sudah bersiap sedia dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa pada 1 April ini yang mana fokus penugasan turut mengalami sedikit perubahan.

“Jika sebelum ini fokus adalah kepada memastikan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP), namun bermula April ini fokus kembali kepada memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk Johor,” katanya dalam sidang akhbar yelepas menyempurnakan program sempena Peringatan Hari Polis ke-215 yang diadakan di Dataran Kawad, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. 

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, Malaysia dan Singapura bersetuju membuka sempadan darat kedua-dua negara bagi pengembara lengkap vaksinasi sejajar dengan peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik Covid-19.

Kamarul Zaman bagaimanapun menegaskannya, pihaknya terus melaksanakan operasi penguatkuasaan terhadap pematuhan SOP sesuai dengan undang-undang semasa yang dilaksanakan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya