Polis buru sekumpulan lelaki samun premis peralatan komputer

Polis buru sekumpulan lelaki samun premis peralatan komputer

MOHD. ZAID HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis memburu sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol dipercayai menyamun premis menjual peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras di sini Jumaat lalu.

Ini susulan laporan dibuat seorang pengawal keselamatan premis terbabit pada 9.35 pagi, kelmarin berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6 pagi apabila pengadu sedang bekerja di premis berkenaan tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki dianggarkan 15 orang menggunakan kayu besbol.

Menurut beliau, suspek kemudian memecah masuk ke dalam premis dan melarikan peralatan komputer yang berada di dalam premis di tingkat satu dianggarkan bernilai RM70,000.

“Suspek menggunakan Nissan Navara, Toyota Hiace, Perodua Alza dan Proton Exora.

“Kenderaan pengadu juga dirosakkan oleh suspek semasa dia cuba menghalang mereka melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut Mohd. Zaid, pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini.

Suuslan itu, pihaknya kini mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Hari ini tular rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol menyamun premis menjual peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya