PM ucap selamat maju jaya buat calon SPM  - Utusan Malaysia

PM ucap selamat maju jaya buat calon SPM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 buat anak-anak Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri dalam hantaran di laman Facebooknya pagi ini turut berpesan agar calon-calon SPM buat yang terbaik untuk masa depan masing-masing.

“Selamat menduduki peperiksaan SPM 2021 buat anak-anak Keluarga Malaysia yang tersayang.  Buat yang terbaik demi untuk masa depan kalian.

“Mulakan dengan doa yang baik-baik agar dipermudahkan menjawab soalan-soalan. Pak Long sayang semua. All the best,” kata Perdana Menteri di hantaran berkenaan.

Seramai 407,097 calon menduduki SPM 2021 yang dijadualkan bermula hari ini hingga 29 Mac depan dan seramai 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan ibu bapa dan calon SPM 2021 yang positif Covid-19, kuarantin dan kontak rapat tidak perlu bimbang berikutan masih berpeluang menduduki peperiksaan itu pada sidang kedua, bulan depan.

Mohd Radzi dilaporkan berkata, walaupun lewat sebulan daripada calon SPM lain, mereka yang mempunyai alasan munasabah berkenaan masih tetap dibenarkan menduduki peperiksaan itu.

Katanya, calon hanya perlu mengemukakan borang deklarasi, pengesahan pengetua dan maklumat MySejahtera untuk membuktikan mereka dalam tiga situasi berkenaan.-UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya