Petaling Jaya ke arah mampan 2030

Petaling Jaya ke arah mampan 2030

MOHAMAD Azhan Md.Amir (tiga dari kanan) ketika majlis pelancaran Geran Komuniti Petaling Jaya Mampan 4.0 bagi tahun 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan Geran Komuniti Petaling Jaya Mampan 4.0 (PJ SEED) bagi tahun 2022 yang bertujuan merancang dan melaksanakan projek untuk membantu meningkatkan prestasi dalam bidang berkaitan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan prestasi pihak berkuasa bertempatan (PBT) dalam 10 bidang berkaitan menerusi penyertaan masyarakat, rakan perkongsian dan inklusif ke arah Petaling Jaya Mampan 2030. 

“Dengan kata lain, pemberian bantuan kewangan permulaan kepada masyarakat untuk melaksanakan inisiatif tersebut membantu meningkatkan program, strategi dan hala tuju majlis dalam bidang yang digariskan.

“Kami berharap inisiatif yang dilaksanakan ini mendapat sambutan dan penglibatan daripada masyarakat setempat agar objektif yang dirancang dapat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan itu.

Menurut Mohamad Azhan, Geran Komuniti PJ SEED dilancarkan sejak tiga tahun lepas dan MBPJ meluluskan sebanyak 93 projek dengan peruntukan berjumlah RM1.45 juta diberikan kepada organisasi terpilih dan layak.

Katanya, hanya projek dalam bidang berkaitan dengan tujuan meningkatkan prestasi MBPJ sahaja yang layak mendapat bantuan geran.

“Memandangkan tahun ini adalah tahun keempat pelaksanaan PJ Seed, kriteria dan bidang utama ditambah baik dan hanya projek yang memberi impak tinggi kepada MBPJ diberi keutamaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya