Pesara kerajaan rugi RM40,000 ditipu 'Pegawai Telekom Malaysia' 

Macau Scam: Pesara kerajaan rugi RM40,000 ditipu ‘Pegawai Telekom Malaysia’ 

AIDI SHAM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM40,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ‘Pegawai Telekom Malaysia’.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa seorang wanita berusia 63 tahun telah menerima panggilan daripada individu (sindiket Macau Scam) yang memperkenalkan diri dengan nama Muhammad Faizal daripada Telekom Malaysia. 

“Mangsa telah dimaklumkan terdapat pendaftaran talian Unifi atas namanya di sebuah alamat di Seremban, Negeri Sembilan. 

“Mangsa menafikan perkara ini, panggilan kemudian disambungkan kepada Inspektor Manisah dan kali ini mangsa dimaklumkan akaun Public Bank milik mangsa terdapat kemasukan wang haram sebanyak RM80,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, panggilan seterusnya disambungkan kepada Asisten Superintenden (ASP) Datuk Asrul, pegawai Bank Negara dan telah diminta untuk mendaftar perbankan atas talian Bank Simpanan Nasional (BSN) menggunakan kata laluan yang diberikan. 

“Mangsa juga telah menyerahkan butiran perbankan nombor kad mesin wang pengeluaran automatik (ATM) dan nombor pin bagi akaun BSN, Bank Rakyat dan Maybank miliknya. 

“Mangsa telah membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati telah mengalami kerugian sebanyak RM40,000 daripada tiga akaun tersebut yang dipindahkan kepada individu yang tidak dikenali,” katanya.

Aidi Sham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan sebat serta boleh didenda jika sabit kesalahan. 

Beliau turut bertegas agar orang ramai tidak mudah mempercayai panggilan-panggilan yang memaklumkan mereka sebagai badan penguatkuasa atau institusi kewangan. 

“Selain itu, mereka juga diminta untuk tidak mendedahkan butiran perbankan kepada pihak yang tidak dikenali bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya