Pertahan akidah anak-anak Loh Siew Hong - Pas

Pertahan akidah anak-anak Loh Siew Hong – Pas

pas
KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menyeru semua ahli politik, para cendekiawan, mufti, pendakwah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk bersatu serta senada dalam isu keselamatan akidah anak-anak Loh Siew Hong. 

Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin berkata, keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyerahkan tiga kanak-kanak itu kepada ibu kandungannya hanya melibatkan isu penjagaan dan tidak menyentuh isu agama apatah lagi memerintah atau membenarkan anak-anak tersebut untuk meninggalkan agama Islam.

“Keislaman mereka adalah atas dasar kefahaman, kesedaran dan kerelaan mereka sebagai manusia yang merdeka hasil daripada pengajian serta pendidikan Islam yang mereka lalui.

“Justeru, Pas hari ini ingin memberi amaran tegas bahawa jangan ada mana-mana pihak yang ingin atau berhasrat menukar agama anak-anak ini. Umat Islam di negara ini akan bersatu demi keselamatan akidah mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Pada 21 Februari lalu, media melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan tiga beradik yang sebelum ini bawah jagaan persendirian JKM, dikembalikan kepada ibu kandungnya serta merta. 

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang dikemukakan oleh ibu tunggal, Siew Hong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya