Permudah lapor jalan raya rosak dengan media sosial

Permudah lapor jalan raya rosak dengan media sosial

AMIRUDIN Shari (tengah) melancarkan sistem pengurusan aset jalan pintar Selangor sambil disaksikan Exco Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim (kiri) dan Timbalan SUK (Pengurusan) Mohd. Zahri Samingon (kanan) di Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Orang awam di negeri ini boleh melaporkan kerosakan jalan raya selepas kerajaan negeri memeterai kerjasama dengan Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) dalam usaha menambah baik Intelligent Response Selangor (IRS).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sistem tersebut sebelum ini terpakai kepada aplikasi pengesanan aliran trafik, Waze untuk melaporkan kerosakan jalan raya.

“Sistem ini mendapat sambutan menggalakkan daripada ramai pengguna Waze yang membuat laporan berhubung kerosakan jalan di aplikasi itu. 

“Melihat perkembangan itu, kita mengambil keputusan untuk menambah baik IRS ke aplikasi Facebook, Twitter dan TikTok,” katanya selepas melancarkan Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor (SRAMS) di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di sini, hari ini.

Menurutnya, sistem ini akan mengenal pasti perkataan serta gambar yang berkaitan laporan jalan raya di platform media sosial individu atau sesebuah kumpulan dan seterusnya akan menghantar maklumat tersebut kepada agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Dengan wujud IRS, beliau berkata, banyak kes kerosakan jalan raya serta lampu jalan berjaya diselesaikan dalam tempoh singkat.

“Boleh dikatakan hampir 80 peratus aduan dalam media sosial berhubung perkara ini telah berjaya diselesaikan.

“Ini adalah salah satu cara untuk kerajaan Selangor ke arah menjadi negeri pintar pada tahun 2025,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya