PETALING JAYA: Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) memohon maaf atas masalah operasi yang berlaku di depot Batu Caves, Gombak, dekat sini, menyebabkan perkhidmatan bas bagi koridor Damansara, Jalan Ipoh dan Jalan Pahang tergendala buat sementara waktu pagi ini
Rapid Bus dalam satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan bas beroperasi secara biasa pada pukul 8.45 pagi selepas dipulihkan secara berkala seawal pukul 7.08 pagi tadi.
“Siasatan dalaman dilakukan serta merta bagi mengenal pasti punca kejadian agar boleh mengurangkan risiko ia berulang di masa hadapan.
“Para penumpang yang terlibat dan mengalami kelewatan urusan masing masing akibat kesulitan ini diminta menghubungi Rapid KL bagi tujuan pemulihan perkhidmatan,” katanya.
Rapid Bus menasihatkan para penumpang mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi perkhidmatan bas Rapid KL di laman media sosial Rapid KL serta aplikasi PULSE di telefon pintar. – UTUSAN