Perkhidmatan bot di Pulau Tuba, Pulau Dayang Bunting di Langkawi

Perkhidmatan bot di Pulau Tuba, Pulau Dayang Bunting di Langkawi

MAHDZIR Khalid (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada pelajar yang menyertai program Walkabout dan Penyampaian Sijil TVET Junior di GiatMara Padang Terap, Kedah hari ini. - FOTO/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membelanjakan sebanyak RM671,000 bagi menyediakan perkhidmatan dua bot penambang bagi penduduk Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting di Langkawi

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkhidmatan bot itu dikendalikan Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba Dan Selat Berhad (Koptubas) sejak pertengahan tahun lalu.

“Kita amat memahami kepayahan yang dialami oleh penduduk di dua pulau tersebut sejak sekian lama.

“Justeru kita mencari jalan penyelesaian menerusi inisiatif perkhidmatan bot penambang untuk kegunaan penduduk di Pulau Tuba dan juga Pulau Dayang Bunting berulang-alik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Walkabout dan Penyampaian Sijil TVET Junior di GiatMara Padang Terap, di sini hari ini.

Tambah Mahdzir, perbelanjaan perolehan dua bot berkenaan dibuat menerusi peruntukan di bawah Program Desa Lestari KPLB.

“Perkhidmatan bot penambang yang diberi nama BesTUBA itu memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 penduduk di dua pulau berkenaan.

“Setiap bot mampu memuatkan sehingga 30 penumpang pada satu-satu masa dan beroperasi setiap hari dengan kekerapan tujuh perjalanan sehari,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya berharap selain memudahkan urusan penduduk di pulau terbabit, perkhidmatan bot itu juga mampu menjana pulangan ekonomi kepada pihak koperasi menerusi perkhidmatan sewaan kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke Langkawi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya