Perkasa Tabika Perpaduan tingkat mutu silibus prasekolah

Perkasa Tabika Perpaduan tingkat mutu silibus prasekolah

HALIMAH Mohamed Sadique pada majlis penyampaian Geran Rukun Tetangga Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 di Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) komited  terus memperkasakan Tabika Perpaduan seiring perkembangan pendidikan negara.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, silibus pembelajaran yang diguna pakai adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dibangunkan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Proses pembelajaran yang dilaksanakan khusus buat murid-murid berusia empat sehingga enam tahun mestilah mengikut silibus dan sistem yang ditetapkan. 

“Pelan pendidikan awal kanak-kanak melibatkan penggunaan buku teks, malah kita turut menjalin kerjasama dengan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) untuk meningkatkan mutu pendidikan khusus buat murid prasekolah. 

“Bahan bacaan yang digunakan dalam proses pembelajaran diselaraskan dan ini membuktikan kita tidak lepas tangan dan perbaiki kualiti silibus dari semasa ke semasa,” katanya selepas menyampaikan Geran Rukun Tetangga Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2022, di sini hari ini.

Sejumlah RM2.814 juta diperuntukkan khusus bagi 469 kawasan rukun tetangga (KRT) yang aktif di negeri ini untuk memperkasa kepemimpinan komuniti menerusi teras, strategi dan program berimpak tinggi.

Mengulas lanjut, Halimah berkata, pihaknya bersedia menambah bilangan Tabika Perpaduan sekiranya permohonan menepati kriteria ditetapkan.

“Kita kena lihat sama ada terdapat banyak permintaan atau hanya sekelompok ibu bapa yang mahukan Tabika Perpaduan diwujudkan di penempatan mereka.

“Sekiranya ada permintaan terutama daripada ibu bapa yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mahu menghantar anak-anak mereka ke Tabika Perpaduan, maka kita akan buka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN