Perhimpunan Agung UMNO rasmi malam ini - Utusan Malaysia

Perhimpunan Agung UMNO rasmi malam ini

SEORANG juruelektrik memasang lampu pada gambar-gambar Presiden UMNO sebagai persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) akan bermula hari ini, 16 Mac sehingga 19 Mac, bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Ia akan dimulakan dengan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada pukul 8.45 malam, disusuli pelaksanaan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti pada hari berikutnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perhimpunan itu yang sepatutnya diadakan 13 sehingga 15 Januari ditangguhkan akibat banjir yang berlaku.

“Pada 18 Mac 2022 (Jumaat), adalah Ucapan Dasar Presiden dan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Presiden UMNO, sekali gus menandakan bermulanya Perhimpunan Agung UMNO.

“Perhimpunan Agung UMNO akan diteruskan pada hari kedua iaitu 19 Mac 2022 (Sabtu),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAU kali ini membabitkan 5,571 perwakilan yang akan hadir, terdiri daripada sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Sebanyak 53 buah agensi media melibatkan media cetak dan elekronik membabitkan 38 agensi tempatan dan 15 agensi antarabangsa dengan penglibatan seramai 462 orang petugas media yang telah berdaftar ke PAU 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya