Peratusan rendah keluar mengundi gugat proses demokrasi

Peratusan rendah keluar mengundi gugat proses demokrasi

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peratusan rendah penduduk yang keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sangat mendukacitakan dan menggugat proses demokrasi.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kebimbangan tersebut selepas parti itu tersungkur dan hanya memenangi satu daripada 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Beliau berkata, keputusan tersebut satu peringatan kepada semua parti politik untuk mengumpul kekuatan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kita amat khuatir dengan trend peratusan keluar mengundi yang amat mendukacitakan serta boleh menggugat proses demokrasi.

“Keputusan ini juga ternyata suatu peringatan penting buat parti-parti politik untuk kembali merangkul kekuatan bagi mendepani pilihan raya kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN Johor, PH 11 kerusi, PN tiga kerusi, manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya