Perak bincang MITI pelaburan automotif RM32 bilion di Tanjung Malim

Perak bincang MITI pelaburan automotif RM32 bilion di Tanjung Malim

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Satu perbincangan akan diadakan antara kerajaan negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkaitan pelaburan bernilai RM32 bilion bagi membangunkan Automotive High-Technology Valley (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perbincangan itu dijangka dalam masa terdekat yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga difahamkan akan ke Tanjung Malim.

“Perbincangan sedang dibuat kerana kerajaan negeri juga perlu membuat persiapan. Kita perlu menyediakan  rumah-rumah mencukupi untuk didiami pekerja nanti.

“Saya yakin ia sangat dekat (projek bermula) kerana difahamkan Perdana Menteri akan datang ke Tanjung Malim dalam masa terdekat. Malah, kita mungkin akan dikunjungi MITI untuk berbincang,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Peringatan Hari Polis Ke-215 peringkat negeri Perak di Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini hari ini.

Ismail Sabri mengumumkan pelaburan baharu itu ketika berucap dalam penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Sabtu lalu.

Mengulas lanjut beliau berkata, pelaburan besar yang dibawa masuk ke Tanjung Malim itu bukan sahaja akan menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sekitar malah daerah berdekatan.

“Sudah tentu pelaburan itu akan menjadi penggalak bagi pembangunan di daerah Muallim serta daerah berdekatan di selatan Perak seperti Batang Padang, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Apabila ramai pekerja berada di Tanjung Malim, sudah tentu ia akan menyokong segala aktiviti perniagaan lain seperti kedai makan dan pasar raya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya