Penunggang motosikal maut digilis lori

Penunggang motosikal maut digilis lori

KEADAAN motosikal mangsa yang digilis lori di Jalan Kuala Kangsar-Sungai Siput berhampiran Taman Klebang Restu, Ipoh semalam. - FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang penunggang motosikal maut akibat digilis sebuah lori di Jalan Kuala Kangsar-Sungai Siput berhampiran Taman Klebang Restu, di sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.05 malam itu, Muhammad Zuhair Husaini Bohiran, 21, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Deputi Superintenden Roslan Mohamed@Ab. Aziz berkata, nahas itu membabitkan motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dan lori dipandu lelaki berusia 53 tahun.

Katanya, kemalangan berlaku ketika mangsa cuba memotong lori dari sebelah kiri namun pemegang motosikalnya bergesel dengan bahagian depan kenderaan itu.

“Lelaki itu kemudian terjatuh di atas jalan dan digilis di bahagian tayar belakang lori. Mangsa mengalami kecederaan dan meninggal dunia di lokasi kemalangan. 

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya