Penjarakan solat jemaah di masjid di NS ikut aturan sejadah bersaiz besar - Utusan Malaysia

Penjarakan solat jemaah di masjid di NS ikut aturan sejadah bersaiz besar

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penjarakan fizikal ketika solat jemaah dan wirid di semua masjid dan surau di negeri ini ditetapkan mengikut aturan sejadah bersaiz besar iaitu 0.61 meter lebar dan 1.22 meter panjang.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, prosedur operasi standard (SOP) tersebut akan bermula 1 April ini selari keputusan Kerajaan Persekutuan iaitu solat berjemaah di masjid dan surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan susulan fasa peralihan ke endemik.

“Sejadah boleh dirapatkan namun setiap orang untuk satu sejadah, jangan dikongsi pula sejadah tersebut. Jangan juga bawa sejadah bersaiz kecil ataupun tidak membawa sejadah, saya harap jemaah dapat mematuhinya.

“Selain semasa mendirikan solat dan wirid, jemaah juga hendaklah sentiasa menjaga penjarakan fizikal satu meter seperti biasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, walaupun kebenaran untuk solat berjemaah dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal diberikan namun pelaksanaan dan SOP akhir adalah tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

Sementara itu, tambah Aminuddin, menerusi SOP yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), hanya jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak yang telah menerima vaksin dibenarkan untuk melakukan aktiviti di masjid.

“Jemaah tetap diwajibkan untuk mengimbas Kod QR MySejahtera dan memakai pelitup muka dan membawa sejadah bersaiz besar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya