Peniaga didenda RM4,000 jual Android TVBox - Utusan Malaysia

Peniaga didenda RM4,000 jual Android TVBox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menjual Android TVBox yang tidak diperakui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dua tahun lalu.

Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhi hukuman itu terhadap Khor Ooi Heong, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) dalam kes berkenaan.

Sekiranya OKS gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara selama enam bulan dan OKS membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Ooi Heong yang berniaga atas nama Wellbao Trading didapati menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui iaitu tiga unit Android TVBox Jenama Tian Mau.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Jalan Loke Yew di sini pukul 11.40 pagi pada 9 Julai 2020.

Kesalahan tersebut didakwa di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibaca bersama Peraturan 16(3) Peraturan-Peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan sama.

Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Ooi Heong yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan denda yang rendah dengan alasan mempunyai tanggungan dua anak dan isterinya juga tidak bekerja.

“Anak pertama saya mempunyai penyakit kanser, sepanjang siasatan dijalankan saya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa,” kata OKS.

Pegawai Pendakwa SKMM, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bersifat pengajaran terhadap OKS dengan mengambil kira faktor kepentingan awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya