Pengurus syarikat pengiklanan direman, sogok pegawai TNB

Pengurus syarikat pengiklanan direman, sogok pegawai TNB

DUA suspek yang memakai baju lokap SPRM dibawa keluar dari Mahkamah Ayer Keroh, Melaka selepas permohonan reman selesai kira-kira pukul 10 pagi. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua individu termasuk seorang pengurus syarikat pengiklanan direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes menyogok pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kesalahan mencuri bekalan elektrik. 

Perintah reman sehingga 7 Mac itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mohamad Izwan Mohamed Noh terhadap kedua-dua suspek yang berusia 33 dan 43 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. 

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di kompleks mahkamah pada pukul 9.33 pagi dengan menaiki dua kenderaan berasingan dan prosiding permohonan reman selesai kira-kira 30 minit kemudian. 

Jurucakap SPRM negeri berkata, suspek yang bekerja sebagai pengurus syarikat serta penganggur itu ditahan dalam dua serbuan di rumah masing-masing pada pukul 11.40 pagi dan 12.50 tengah hari, semalam. 

“Hasil siasatan suspek dipercayai memberikan wang rasuah kepada pegawai-pegawai TNB apabila pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat sambungan wayar elektrik yang tidak sah di premis terlibat.

“Sambungan peralatan khas atau penebat elektrik itu adalah bagi tujuan mengurangkan bayaran elektrik bulanan,” katanya. 

Jelasnya, bekalan elektrik yang digunakan di premis tersebut dipercayai berkaitan dengan aktiviti sindiket melombong Bitcoin secara haram membabitkan nilai jutaan ringgit.

Katanya, sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya