Penggiat seni bertanggungjawab karya bertentangan syariat Islam 

Penggiat seni bertanggungjawab karya bertentangan syariat Islam 

YADIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menzahirkan bantahan dan kekesalan atas penularan satu klip yang dipercayai daripada adegan sebuah drama yang bakal ditayangkan kelak kepada umum.  

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, pihaknya percaya penularan yang dibuat itu atas kepercayaan si penularnya bagi tujuan publisiti walaupun dengan cara negatif.  

Dalam rangka meraikan kebebasan berkarya, beliau mengingatkan semua penggiat seni soal tanggungjawab terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui setiap karya seni perlu menjadi perhitungan utama.

Ini kerana, katanya, karya seni dan hiburan akan menjadi cerminan kepada masyarakat terutama golongan muda.  

“Pelakon, pengarah, penerbit dan semua yang terlibat dalam pembikinan sesuatu karya seni pasti mengetahui bahawa sebagai hamba Allah akan dipersoal dan diberi balasan atas setiap yang kita tinggalkan ketika hayat kehidupan ini.  

“Yadim juga menggesa pihak berkuasa dalam bidang penyiaran dan  media memainkan peranan proaktif dalam membendung  sebarang bentuk penyiaran media yang boleh menjejaskan akhlak  penonton serta memberi imej buruk kepada negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Tuan Kamarul Arief menyeru seluruh lapisan masyarakat terutama golongan ibu bapa menggunakan kuasa sebagai pengguna media untuk menentang bahan-bahan hiburan yang secara jelas merosakkan nilai murni ingin disemai kepada anak-anak.

Yadim turut mengingatkan kepada pihak yang terlibat, negara baru melangkah keluar dari pelbagai ujian dan bala yang melanda di samping saban waktu merayu bantuan daripada Allah SWT.

Justeru, katanya, adakah wajar pihak yang terlibat mengangkat babak berunsur lucah atas nama hiburan sebagai hidangan kepada masyarakat.  

“Rahmat siapa sebenarnya yang kita tagih sebelum ini? Menjelang Ramadan yang akan menjengah kurang dari dua minggu lagi,  kita sewajarnya menumpukan usaha untuk meningkatkan ketakwaan  kepada Allah SWT.

“Ketaqwaan yang menjadi sasaran dalam ibadah  puasa nanti merupakan prasyarat dalam memperoleh keberkatan dari  langit dan bumi sepertimana janji Allah dalam al-Quran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya