Penggambaran sebegini tidak sewajarnya berlaku - FINAS

Penggambaran sebegini tidak sewajarnya berlaku – Finas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memandang serius terhadap isu video adegan panas yang dimuat naik pelakon, Zul Ariffin baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, FINAS menyifatkan video adegan keterlaluan dalam drama bersiri yang bakal ditayangkan di saluran televisyen swasta tersebut sebagai tidak sensitif terhadap budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia.

“Justeru, sebarang penggambaran sebegini tidak sewajarnya berlaku. Sebagai badan peneraju industri perfileman negara, Finas menyeru agar para penggiat industri kreatif lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya kreatif.

“Finas ingin menekankan penguatkuasaan tapisan kandungan filem dan televisyen di negara adalah bukan di bawah bidang kuasanya,” jelas kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesen penerbitan filem tempatan, Finas akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6(2).

Perbadanan boleh membatalkan sesuatu lesen jika pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahan berkaitan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak.

Terdahulu, Zul menerima kecaman hebat selepas video adegan panas yang dilakonkan bersama pendatang baharu, Siti Hariesa tular di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya