Penduduk tertekan masalah debu, habuk - Utusan Malaysia

Penduduk tertekan masalah debu, habuk

SEORANG pekerja kedai makan menunjukkan debu yang melekat di meja ketika tinjauan di Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Binjai dan Kampung Che Lijah di sini tertekan dengan masalah debu dan habuk akibat kerja-kerja mengorek tanah berhampiran kampung itu.

Seorang penduduk, Nor Hidayah Ahmad Fauzi, 38, berkata, keadaan itu dibimbangi menjejaskan kesihatan ahli keluarganya terutama dua anak yang masih kecil.

“Malah, kereta yang diparkir di luar rumah turut diselaputi debu tebal.

“Anak-anak sering batuk berpanjangan, saya bimbang mereka diserang asma kalau masalah ini terus berlarutan,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Bagi pengusaha kedai makan, Normah Abidin, 48, perniagaannya turut terjejas kerana kedudukan premis yang terletak di jalan utama.

“Boleh dikatakan setiap masa saya perlu lap meja dan kerusi kerana dipenuhi debu hingga malu dengan pelanggan.

“Pelanggan pun makin berkurangan sebab mereka rasa kurang selesa untuk singgah makan dengan udara begini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya