Penduduk atas cerun runtuh tidak rancang pindah 

Penduduk atas cerun runtuh tidak rancang pindah 

KEJADIAN tanah runtuh di Taman Bukit Permai. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rata-rata penduduk di Taman Bukit Permai 1 dekat sini, yakin kediaman mereka masih selamat walaupun terletak di bahagian atas cerun yang runtuh di Taman Bukit Permai 2, semalam.

Seorang penduduk di Taman Bukit Permai 1, mahu dikenali sebagai Ooi, 66, berkata, dia tidak berhasrat berpindah ketika ini berikutan tiada arahan daripada pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

“Saya tinggal di sini bersama isteri sejak 2006 dan kejadian tanah runtuh itu pertama kali berlaku.

“Setakat ini, saya tiada rancangan untuk pindah kerana merasakan masih selamat. Namun, saya mengambil langkah berjaga-jaga susulan kejadian itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menutup laluan di tepi rumah Ooi kira-kira sepanjang 200 meter, sebagai langkah keselamatan sejak pagi tadi. 

Rumah penduduk itu terletak kira-kira 20 meter dari bahagian atas cerun yang runtuh.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di Taman Bukit Permai 1, Zulkifli Mohd. Isa, 49, berkata, dia dimaklumkan oleh anaknya supaya mengalihkan kenderaan yang diletakkan di laluan berkenaan kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Sebelum ini, ramai penduduk yang meletakkan kenderaan di laluan itu. Namun, kami diminta mengalihkan kenderaan memandangkan pihak MPAJ mahu menutup laluan berkenaan.

“Sudah 10 tahun saya menetap di rumah ini. Tidak pernah ada kejadian tanah runtuh dilaporkan kecuali di kawasan pangsapuri berhampiran yang pernah berlaku insiden bongkah batu terjatuh. Saya juga tidak berhasrat untuk berpindah keluar dari sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya