Pendengaran kes dadah Zarina Anjoulie ditangguh 30 Mac 

Pendengaran kes dadah Zarina Anjoulie ditangguh 30 Mac 

ZARINA Anjoulie hadir di Mahkamah Majistret Seremban bagi pendengaran kes pertududuhan dadah yang dihadapinya. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pendengaran kes dadah membabitkan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Majistret di sini, hari ini ditangguhkan pada 30 Mac ini.

Majistret, Mohd. Firdaus Salleh membenarkan permohonan penangguhan kes yang dibuat oleh peguam mewakili selebriti itu, Ahmad Faiz Munawar.

Pada prosiding tersebut, pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Terdahulu, Zarina atau nama penuhnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 34, tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban pada pukul 9 pagi dengan  berselendang merah jambu dan berbaju putih bersama peguamnya. 

Zarina juga kelihatan tidak senang dengan kehadiran petugas media yang berada di pekarangan mahkamah, sikapnya kelihatan jauh berbeza berbanding pada prosiding sebutan semula kesnya pada 7 Oktober 2021.

Pada 13 September lalu, Zarina didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine pada Jun lalu. 

Mengikut pertuduhan, Zarina yang mempunyai pengaruh di media sosial Instagram didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis tersebut. 

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya