Pembantu kedai maut kemalangan di LPT2 - Utusan Malaysia

Pembantu kedai maut kemalangan di LPT2

POLIS mengangkat mayat Muhammad Azza Ajmal Aman Ayub yang maut di Kilometer 329.2, LPT berhampiran susur keluar Plaza Tol Kertih di Kemaman, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pembantu kedai makan maut dalam kemalangan di Kilometer 329.2, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Kertih di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 12.10 tengah malam itu, Muhammad Azza Ajmal Aman Ayub, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pasir Gajah selepas selesai makan malam bersama rakan di daerah Dungun.

“Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15  terlanggar bahagian belakang motosikal pemuda berusia 20 tahun yang juga dari kampung sama.

“Akibat pelanggaran itu, kenderaan mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh di lorong kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hanya berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya