Pembangkang mungkir janji - Zahid

Pembangkang mungkir janji – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH)  kini tidak lebih daripada sekadar janji di atas kertas, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata demikian selepas Dewan Rakyat semalam gagal meluluskan usul melanjutkan tempoh kuasa Subsekyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk lima tahun lagi. 

Justeru kata Ahmad Zahid, pembangkang kini dilihat tidak berminat untuk mewujudkan kestabilan politik selepas usul tersebut gagal mendapat sokongan.

“Keadaan ini mencerminkan beberapa perkara yang mesti dipandang serius. Pertama, pembangkang sebenarnya tidak berminat untuk mewujudkan kestabilan politik. Malah, Pakatan Harapan (PH) sebenarnya sangat cenderung untuk melupakan janji dan komitmen mereka dengan mudah. Pada pandangan saya, tidak ada gunanya untuk kita terus berpegang pada janji mereka.

“Kedua, kerajaan mesti mempunyai majoriti tersendiri. Majoriti yang kuat dan tidak mengharapkan ihsan serta budi bicara pembangkang. Kerajaan seperti dalam kedudukan sekarang tidak akan dihormati, tidak stabil dan tidak akan berupaya untuk mengemuka dan menjayakan dasar yang baik dengan lancar,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kedua-dua perkara ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan sedia ada sudah tidak dihormati. 

“Semua ini hanya menguatkan semangat dan kepercayaan saya betapa UMNO harus bangkit kembali sebagai kuasa politik yang kuat, besar dan terhormat. Kita mesti berupaya membawa dasar dan usul yang baik tanpa perlu mengharapkan sokongan pihak lawan yang suka menangguk di air keruh.

“Yang pasti, apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang memalukan Kerajaan. Ia adalah aib yang menuntut kita untuk mengukuhkan diri dengan cara yang strategik dan segera,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya