Pemandu nyaris maut rempuh lori kontena - Utusan Malaysia

Pemandu nyaris maut rempuh lori kontena

PASUKAN bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit akibat merempuh sebuah lori kontena dekat susur keluar dari Lebuhraya Kesas ke Jalan Kebun di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori tanah nyaris maut apabila kenderaan dipandunya merempuh sebuah lori kontena di susur keluar dari Lebuhraya Kesas ke Jalan Kebun tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 12.33 tengah hari itu, mangsa berusia 37 tahun dilaporkan tersepit pada bahagian pemandu sebaik sahaja kenderaannya merempuh lori kontena dari arah belakang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas tiba ke lokasi kejadian kira-kira seminit kemudian.

“Berdasarkan laporan awal, kejadian kemalangan berlaku melibatkan sebuah lori kontena dirempuh dari belakang oleh sebuah lori muatan tanah.

“Akibat rempuhan itu, pemandu lori muatan tanah terbabit tersepit pada bahagian pemandu dan anggota kita berjaya mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Norazam memberitahu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada kaki kanan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN