Pemandu lori balak hayun kapak terhadap pegawai JPJ ditahan

Pemandu lori balak hayun kapak terhadap pegawai JPJ ditahan

MULKIAMAN MANZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Polis menahan seorang pemandu lori balak kerana disyaki menghayunkan kapak terhadap pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melakukan pemeriksaan di Simpang Tiga Kurung Hitam, Kuala Nerang, di sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden, Mulkiaman Manzar, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.50 pagi ketika pegawai tersebut bersama rakan setugasnya sedang melakukan rondaan harian.

Katanya, pegawai itu yang berusia 30-an itu telah memberhentikan kenderaan jabatan dipandunya berhampiran sebuah lori yang sarat dengan muatan balak.

“Sebaik kenderaan jabatan itu dihentikan, pemandu lori berkenaan turun dari kenderaannya lalu menunjukkan sekeping saman yang pernah diterimanya pada Januari lalu.

“Pegawai JPJ itu kemudiannya meminta lesen memandu dan kad pengenalan, namun pemandu lori berusia 50-an tersebut enggan memberi kerjasama sehingga berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Beliau memberitahu, pemandu lori tersebut kemudian mengambil gambar kedua-dua pegawai JPJ terlibat dengan menggunakan telefon bimbitnya.

“Pegawai JPJ itu melarang suspek berbuat demikian lalu pemandu lori itu bertindak agresif. Dia lalu mengeluarkan kapak dari lorinya dan didakwa menghayun kepada pegawai JPJ tersebut,” ujarnya.

Mulkiaman menambah, pegawai JPJ itu bagaimanapun bertindak pantas dengan memeluk suspek manakala rakan setugasnya pula merampas kapak panjang tersebut.

“Berikutan kejadian itu, pegawai JPJ berkenaan datang ke Balai Polis Kuala Nerang untuk membuat laporan. Pemandu lori itu kemudiannya ditahan setelah dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap selepas itu,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 186 dan 324 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan lebih lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya