Pelanggan boleh makan di restoran selepas 12 malam

Pelanggan boleh makan di restoran selepas 12 malam

PELANGGAN dibenarkan makan di restoran atau kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilik premis atau restoran dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis. 

Ini bermakna, pelanggan boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. 

“Bolehlah bersahur di luar,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Menurut Perdana Menteri, pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. 

“Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu atau pengunjung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya