Pelajar terkesan harga makanan universiti naik

Pelajar terkesan harga makanan universiti naik – PKPIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendakwa sebilangan besar mahasiswa di negara ini terkesan dengan kenaikan harga makanan yang dikenakan di kafeteria  institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Timbalan Presiden PKPIM, Muhamad Nazmi Ab. Rahim berkata, ia berdasarkan kepada hasil daripada tinjauan yang dilakukan selepas mahasiswa kembali ke universiti awal Mac lalu.

“PKPIM mendapati majoriti mahasiswa di IPT seluruh negara terkesan disebabkan kenaikan harga makanan.

“Perkara ini terjadi disebabkan peningkatan harga bekalan mentah di pasaran seperti ayam, telur, minyak dan roti yang secara tidak langsung memberi kesan kepada peniaga khusus di universiti,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau mengesyorkan supaya pemberian subsidi kepada pengusaha kafe di universiti supaya kenaikan harga barangan mentah tidak mempengaruhi harga makanan di universiti.

“PKPIM mohon jasa baik pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencari kaedah terbaik bagi mengatasi kenaikan harga makanan di IPT seluruh negara,” katanya.

Katanya lagi, PKPIM turut memainkan peranan menggerakkan edaran makanan berbuka dan kit Ramadan kepada mahasiswa yang memerlukan pada Ramadan tahun ini.

“PKPIM bersedia bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kebajikan para mahasiswa terus terjaga,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya