Pelajar politeknik bangunkan aplikasi manfaat ramai pihak

Pelajar politeknik bangunkan aplikasi manfaat ramai pihak

NAZIRAH Mat Zain (dua kiri) bersama  R. Thivya Dharsini, Muhammad Hakimie Azmi dan Ahmad Imran Hakim Shahril menunjukkan aplikasi dibangunkan berasaskan teknologi yang memudahkan urusan harian orang ramai di PIS, Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Tiga pelajar jurusan Diploma Rekabentuk Industri di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) mempertaruh aplikasi dicipta mereka untuk menyertai pertandingan International Innovation ARAVOT Malaysia 2022 dan Malaysian Technology Expo (MET) 2022.

R. Thivya Dharsini, 20, membangunkan aplikasi penjarakan sosial untuk kanak-kanak sekolah iaitu iSmartSafeKids manakala Muhammad Hakimie Azmi, 19, membangunkan aplikasi untuk mengesan keberadaan kanak-kanak dalam kenderaan melalui MySafetyChild.

Rakan mereka, Ahmad Imran Hakim Shahril, 20, pula membangunkan aplikasi penawaran keperluan asas individu semasa proses kuarantin Covid-19 yang dipanggil MyCovAID.

Menurut Thivya Dharsini, inovasinya adalah untuk mendedahkan kepada kanak-kanak berhubung kepentingan penjagaan jarak sosial khususnya dalam tempoh pandemik Covid-19 ketika ini.

“Kanak-kanak yang menggunakan aplikasi ini akan diberi amaran apabila mereka berada berhampiran individu lain yang dikesan melalui pengesan haba dan pergerakan yang dipasang di dalam gelang tangan,” katanya ketika ditemui di PIS, semalam.

Sementara itu, Muhammad Hakimie berkata, idea penghasilan MySafetyChild adalah untuk mengelak masalah ibu bapa tertinggal anak-anak mereka di dalam kenderaan seperti yang banyak dilaporkan di media sebelum ini.

“Aplikasi ini mengguna pakai teknologi pengesan pergerakan yang dihubungkan dengan sebuah kamera khas bagi memastikan tiada pergerakan di dalam kereta, sekiranya ada sebarang pergerakan penggera akan berbunyi,” ujarnya.

Ahmad Imran Hakim pula memberitahu, MyCovAID adalah satu aplikasi yang dicipta untuk memudahkan penawaran keperluan asas individu semasa kuarantin Covid-19. 

“Inovasi ini bertujuan memberi bantuan sokongan khususnya kepada pesakit Covid-19 yang sedang dikuarantin secara berseorangan, di mana mereka boleh mendapatkan bantuan melalui aplikasi tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pensyarah Diploma Rekabentuk Industri PIS, Nazirah Mat Zain memberitahu, beliau sudah mendedahkan pelajarnya dengan pertandingan berkenaan baik di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya