Pejuang terus relevan, tumpu PRU-15 - Tun M  - Utusan Malaysia

Pejuang terus relevan, tumpu PRU-15 – Tun M 

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan terus kekal dalam kancah politik negara dan meneruskan perjuangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti itu masih relevan biarpun kecewa dengan prestasi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Beliau berkata, partinya mengalami kekalahan teruk pada PRN Johor sehingga tiada satu pun deposit dapat diselamatkan.

“Kita sebulat suara (mesyuarat hari ini) termasuk di peringkat biro politik dan majlis eksekutif bersetuju untuk meneruskan perjuangan dalam PRU-15. Kita akan bincang sebab kegagalan dalam PRN Johor baru-baru ini selain mengenal pasti kekurangan sokongan rakyat kepada Pejuang,” katanya.

Pejuang kalah teruk pada PRN Johor baru-baru ini apabila 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi turut hilang wang pertaruhan.

Antara kerusi DUN itu ialah Buloh Kasap (144 undi), Tenang (224 undi), Batu Kemelah (289 undi), Simpang Jeram (197 undi), Gambir (215 undi), Bukit Pasir (196 undi), Senggarang (162 undi) dan Rengit (202 undi).

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, pihaknya akan mengkaji satu-satu isu terlebih dahulu supaya perkara sama di PRN Johor tidak akan berlaku.

“Kita berpendapat pemerintah yang dipilih oleh rakyat ketika PRN di Melaka, Johor dan Sarawak adalah tidak baik untuk negara. Mereka sepatutnya tidak jadi kerajaan,” katanya.

Katanya, pada PRN Johor lalu, Barisan Nasional (BN) cuma meraih 35 peratus undi dan dengan peratusan itu mereka mampu kuasai dua pertiga DUN Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya