Pautan janji temu dos kedua PICKids dihantar berperingkat esok

Pautan janji temu dos kedua PICKids dihantar berperingkat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pautan janji temu baharu dos kedua bagi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) akan dihantar ke aplikasi MySejahtera secara berperingkat bermula esok 

Menurut ciapan Twitter MySejahtera, ia dihantar berdasarkan sela masa (interval) antara dos pertama dan kedua mengikut jenis vaksin. 

“Pautan janji temu PICKids ini juga membenarkan anda memilih lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), masa dan tarikh mengikut kelapangan anda,” menurut ciapan tersebut hari ini. 

Berdasarkan lampiran gambar yang dimuat naik, bagi dos kedua Pfizer, sela masa lapan minggu selepas dos pertama manakala untuk Sinovac pula, sela masa empat minggu selepas dos pertama. 

“Pautan janji temu akan dihantar lebih kurang dua minggu sebelum tarikh dos kedua diberikan.

“Sebagai contoh, dos pertama vaksin Pfizer diambil pada 1 Mac dan pautan janji temu dihantar pada 12 April, manakala tarikh dos kedua pada 26 April,” berdasarkan maklumat tersebut. 

Bagi mereka yang ada tarikh janji temu dos kedua di PPV yang telah ditutup, janji temu untuk tanggungan anda yang sedia tertera di MySejahtera akan dibatalkan. 

Satu pautan janji temu akan dihantar ke MySejahtera anda bagi memudahkan pemilihan lokasi PPV, tarikh dan masa baharu mengikut kelapangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya