KUALA LUMPUR: Seramai 5,571 perwakilan termasuk daripada sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO berkampung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri perhimpunan agung bermula semalam hingga Sabtu ini yang akan menentukan hala tuju parti. Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 itu dilihat penting sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan tidak lama lagi dan juga ketika kepemimpinan tertinggi parti menjadi tumpuan banyak pihak. Ia dimulakan dengan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan malam tadi disusuli pelaksanaan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya