[PAU 2021] Zahid sedar ada 'cai' pemilihan UMNO - Utusan Malaysia

[PAU 2021] Zahid sedar ada ‘cai’ pemilihan UMNO

AHMAD Zahid Hamidi ketika ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dataran Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan sudah ada pemimpin UMNO yang mempunyai ‘cai’ dan regu dalam menghadapi pemilihan UMNO akan datang.

Menurut Presiden UMNO itu, sesiapa pun boleh bertanding, termasuklah jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan seterusnya.

“Kita sudah tetapkan mengikut persetujuan Pendaftar Pertubuhan bahawa pemilihan parti diadakan pada akhir tahun ini, atau secara tepatnya sebelum 29 Disember 2022. Siapa pun boleh bertanding, termasuklah jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan seterusnya, kita tidak takut.

“Bukan saya tidak tahu, sekarang pun sudah ada berpasang-pasangan, ada cai, harap-harapnya pasangan-pasangan itu kekal la. Tapi cukup, tunggu dahulu PRU,” katanya dalam ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, keputusan mengadakan pemilihan parti selepas pilihan raya umum merupakan ketetapan parti ekoran sebanyak 186 bahagian daripada 190 bahagian yang telah bermesyuarat dan bersetuju agar pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum.

“Ini bukan keputusan saya. Ini keputusan saudara-saudari sewaktu Mesyuarat Perwakilan di bahagian masing-masing. Sudah menjadi kelaziman sebelum ini bahawa pemilihan parti diadakan selepas PRU. Bertahun-tahun ia diamalkan. Adakah wajar kita mengubah tradisi ini? Janganlah kita memakai kasut sebelum menyarung stokin!

“Ya, kita hormati saranan sebilangan kecil yang mahukan pemilihan diadakan sebelum PRU. Ini sekadar cadangan yang melambangkan wujudnya demokrasi dalam parti. Kita percaya mereka tiada sebarang motif. Jika sesuatu mesyuarat semuanya dianggotai oleh ‘yes man’, tak perlulah bermesyuarat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya