[PAU 2021] Yakin pucuk pimpinan ada formula kembalikan kestabilan politik - Utusan Malaysia

[PAU 2021] Yakin pucuk pimpinan ada formula kembalikan kestabilan politik

TENGKU HAPHIZ TENGKU PUTERA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perwakilan UMNO Terengganu menyokong usaha kepemimpinan parti mencadangkan agar Parlimen dibubarkan sekiranya formula itu boleh mengembalikan kestabilan politik di negara ini.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, pihaknya menyambut baik apa jua keputusan parti termasuk jika antara formula itu adalah dengan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU Ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal.

Katanya, langkah mengembalikan kestabilan negara penting bagi kesinambungan pembangunan dan kemajuan ekonomi Malaysia di samping di peringkat negeri.

Kestabilan politik amat diperlukan tetapi pendirian kalangan menteri yang kurang bersama Barisan Nasional (BN) menyebabkan beberapa perkara tidak boleh dilaksanakan. 

Terpulang kepada pucuk pimpinan sama ada untuk bubar Parlimen atau kaedah lain asalkan kestabilan dikembalikan” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Laungan ‘bubar Parlimen’ oleh penyokong BN bergema ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berada di bangunan UMNO Johor ketika pengumuman kemenangan gabungan itu dalam PRN, Sabtu lalu.

Tengku Haphiz berkata, mengambil contoh di Melaka, kemenangan dua pertiga BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini membolehkan pelaksanaan dasar atau polisi yang menguntungkan rakyat, dan situasi itu mesti berlaku di peringkat Pusat serta negeri-negeri.

Dalam pada itu, beliau menyarankan, bedah siasat dalaman keputusan PRN Melaka dan Johor turut mengambil kira pandangan UMNO di negeri lain.

Katanya, langkah itu dapat memastikan kesiapsiagaan jentera parti menjelang PRU-15 memandangkan jentera di peringkat negeri juga terlibat sama dalam proses pilihan raya berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya