[PAU 2021] ‘Walaupun order barang dalam talian , lain sampai, Hasni tetap menjadi kebanggaan Johor’ - Utusan Malaysia

[PAU 2021] ‘Walaupun order barang dalam talian , lain sampai, Hasni tetap menjadi kebanggaan Johor’

AHMAD Zahid Hamidi tiba untuk ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dataran Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi di atas pelantikannya sebagai Menteri Besar baharu Johor selepas Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Ucapan tahniah itu dibuat ketika memulakan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut memberi penghargaan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Johor.

“Kita beri penghargaan khusus kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

“Biarpun order barang secara online, tetapi barang lain sampai, tetapi beliau tetap terus menjadi kebanggaan rakyat Johor. Tahniah juga kepada Menteri Besar Johor yang baharu,” katanya.

Ucapan penghargaan itu turut mendapat tepukan gemuruh standing ovation daripada seluruh perwakilan yang hadir, sambil mendapat sambutan daripada Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin dengan menjelaskan kemenangan itu adalah hasil perjuangan yang ikhlas daripada kesemua jentera parti.

Ucapan penghargaan itu seterusnya turut dirakamkan kepada Perdana Menteri dan semua barisan menteri dan timbalan menteri yang turut membantu kemenangan PRN Johor.

“Tidak lupa kepada panglima perang yang terajui Timbalan Presiden sebagai Pengarah Plilihan Raya, sumbangan Perdana Menteri yang turut turun ke bawah, menteri-menteri dan timbalan menteri yang membantu jentera kita.

“Jangan lupa Datuk Seri Najib Tun Razak, pengurus kempen yang sanggup menjadi punching bag kepada parti kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya