UMNO terus dukung Ismail Sabri sebagai PM  - Utusan Malaysia

UMNO terus dukung Ismail Sabri sebagai PM 

Ahmad Zahid Hamidi menyatakan UMNO menyokong kepepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ketika ucapan perasmian perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 18 Mac 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa barisan pucuk pimpinan tertinggi parti akan terus mendukung Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 2,680 perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO, beliau menzahirkan dukungan tersebut kerana menganggap kerajaan dan parti perlu bergerak seiring.

“Datuk Seri Ismail jagalah kerajaan elok-elok, kita beri dukungan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Insya-Allah, saya dan Tok Mat (Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan) dan rakan-rakan lain, kita akan jaga parti.

“Kami akan perkuatkan parti, Tok Mail (Ismail Sabri) perkuatkan kerajaan…kerajaan dan parti harus jalan seiring,” katanya dalam ucapan perasmian perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ismail Sabri yang membuat keputusan untuk meluluskan kebenaran pengeluaran khas RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kita bersyukur kepada Allah, akhirnya kerajaan bersetuju untuk membenarkan mereka yang layak mengeluarkan wang simpanan KWSP secara one-off sebanyak RM10,000.

“Kepada Perdana Menteri, saya dan seluruh perwakilan mengucapkan syabas dan tahniah,” katanya.

Dalam sidang media khas pada Rabu lalu, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19.

Katanya, walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya