[PAU 2021] Pemuda UMNO Melaka mahu formula PRN diteruskan - Utusan Malaysia

[PAU 2021] Pemuda UMNO Melaka mahu formula PRN diteruskan

MOHD. NOOR HELMY ABDUL HALEM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemuda UMNO Melaka mahu formula yang digunakan semasa dua pilihan raya negeri (PRN) dapat diteruskan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, formula tersebut telah terbukti berkesan apabila Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri dengan mendapat majoriti lebih besar berbanding PRU-14.

Katanya, pihaknya juga mahu parti kekal fokus dan bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk berlakunya PRU-15 atau tidak dalam masa terdekat.

“Pemuda UMNO Melaka ingin mengucapkan terima kasih atas keberanian kepimpinan UMNO Melaka sendiri kerana meletakkan 83 peratus calon baharu pada PRN lepas. Seramai empat orang calon terdiri daripada Pemuda.

“Justeru, kami minta apa yang yang telah diusahakan oleh kepimpinan dalam PRN perlu diteruskan. Ini kerana ia telah terbukti berkesan” katanya yang bakal mewakili Pemuda UMNO Melaka berbahas di Perhimpunan Agung UMNO 2021.

BN mendapat kemenangan dua pertiga pada PRN Melaka dan rekod itu menyamai pencapaian pada PRU-13 di mana parti itu menang 21 kerusi.

Sementara itu, Mohd. Noor Helmy yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Duyong berkata, pihaknya akur dengan apa sahaja keputusan parti mengenai pelaksanaan PRU-15.

“Terserah kepada pucuk pimpinan apa yang dirasakan terbaik ketika ini. Kami sebagai Pemuda UMNO Melaka akan akur dengan apa sahaja yang berlaku,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya