Pemilihan akan pecahkan UMNO untuk hadapi PRU15 - Utusan Malaysia

Pemilihan akan pecahkan UMNO untuk hadapi PRU15

JOHARI Abdul Ghani ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu dielakkan bagi mengelak berlakunya perpecahan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ketidakpuasan hati sudah pasti akan berlaku di antara yang menang dan kalah, sekali gus menyebabkan jurang perpecahan berlaku dengan keadaan yang lebih ketara.

“Kalau berlaku pemilihan parti, selalunya akan berlaku ketidakpuasan hati, bila berlaku tidak puas hati, itu yang berlaku dan akan dibawa kepada Lembaga Disiplin, bergaduh tak puas hati, ada yang kalah tak puas hati, yang menang merasakan kawan-kawan lain tidak menang.

“Jadi, ia akan mewujudkan pasukan, puak-puak dalam tiap-tiap bahagian. Sedangkan PRU sudah berada di depan pintu.

“Itu kita nak elakkan sebab kumpulan menang kumpulan kalah, akan menyebabkan berpecah,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Terdapat beberapa pihak dalam UMNO yang ingin pemilihan parti dibuat sebelum PRU diadakan.

Bagaimanapun, beberapa pihak lain pula tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan senada dengan Johari, menegaskan pemilihan akan menyebabkan perpecahan.

UMNO akan mengadakan pemilihan parti pada akhir tahun ini atau tepatnya 29 Disember 2022.

Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, 186 daripada 190 bahagian UMNO yang telah bermesyuarat bersetuju agar pemilihan parti diadakan selepas PRU-15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya