[PAU 2021] Mengapa Muhyiddin perlukan sokongan kluster mahkamah? - Utusan Malaysia

[PAU 2021] Mengapa Muhyiddin perlukan sokongan kluster mahkamah?

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan, kerana golongan ‘kluster mahkamah’, Perikatan Nasional (PN) mampu membentuk kerajaan dan ‘akhirnya tumbang selepas 17 bulan mentadbir negara’.

“Ada golongan yang tidak reti hendak berterima kasih. Mereka lupa, mereka mendapat jawatan dan kuasa pada awal dahulu adalah kerana sokongan kita. Tetapi apabila berkuasa, kita diberi bermacam-macam gelaran, kluster itu dan kluster ini. Kalau mereka bercakap benar, sumpah laknat.

“Bossku, Ahmad Maslan, Tengku Adnan, ini sederet kluster mahkamah, tiga orang ini dituduh itu ini, tetapi kerana orang inilah menyebabkan orang itu naik. Tanpa tiga orang itu termasuk saya, orang itu tidak mendapat akan pernah termimpi untuk menjadi Perdana Menteri.

“Bila dah naik kluster mahkamah, doa Bossku termakbul, 17 bulan, tup balik ke asal. Abah kau!” Katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid dalam masa yang sama turut mempersoal mengapa PN di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu tetap memerlukan sokongan kluster mahkamah yang dianggap tidak bermoral.

“Kenapa mereka minta golongan yang mereka gelar sebagai kluster mahkamah untuk menyokong mereka mendapatkan kuasa dahulu? Bukankah sokongan sebegitu tidak bermoral? Jelas, mereka hanya berminat untuk terus menerus berpolitik tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Berikutan itu, jelas Presiden UMNO itu lagi, parti itu perlu mendapat mandat daripada rakyat semula untuk membentuk kerajaan yang lebih stabil.

“Ketika ini kita bersih sebab belum didakwa, mereka akan cari jalan untuk didakwa walaupun tidak ada kes. Termasuk 87 kes. Mereka akan cari. Tok Mat.

“Tuan-tuan, mereka ini jahat. Hakikatnya mereka jahat. Mereka nak balas dendam, UMNO mesti dominan semula pada PRU-15. Sebab kita tahu sejarah mereka selepas mendapat sokongan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya