KUALA LUMPUR: Istilah kerajaan ‘tebuk atap’ tidak perlu dikaitkan dengan UMNO kerana bukan parti itu yang membuka ruang kerajaan pintu belakang.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya mempunyai prinsip, maruah dan kekuatan apatah lagi tidak boleh diugut dengan ‘tekan butang di sana dan tekan butang di sini’ dan bukan parti picisan juga seperti itik patah kaki.
“UMNO dan BN bukan gila kuasa seperti dakwaan mereka. Tabur wang sana sini untuk kekalkan penguasaan dalam kerajaan. Tabur janji palsu, fitnah dan tohmahan yang memburukkan orang lain.
“Rakyat bukan buta dan pekak, yang boleh diperdaya dengan mudah. Itu tanda mereka yang sebenarnya gila kuasa,” katanya dalam ucapan dasar Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. – UTUSAN