BN kuat, serang pembangkang yang lemah - Utusan Malaysia

BN kuat, serang pembangkang yang lemah

ZAHIDA Zarik Khan menyampaikan ucapannya ketika persidangan sayap Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO perlu mengambil kesempatan atas kelemahan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang sedang lemah.

Menerusi ucapan dasar Pergerakan Puteri UMNO, Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, hampir kesemua parti pembangkang merupakan tunggangan DAP.

“Bersatu adalah Pakatan Harapan (PH), asal usul Bersatu adalah tajaan DAP. Pas pernah bersama DAP, banyak parti-parti yang wujud termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Muda adalah tunggangan DAP jadi tidak mustahil untuk mereka cipta alasan baru untuk kembali bertaut memusnahkan kita.

“Adakah UMNO sudah bersedia untuk pertempuran ini namun kita patut tanya setelah mereka terpukul teruk, adakah lawan kita cukup bersedia?

“Mereka sedang berpecah dan lemah. Jadi saya ingin ulang apa yang Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan kata semalam iaitu serang musuh ketika musuh lemah. Biar kita menentukan bila perlu berperang,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Barisan Nasional (BN) berjaya membuktikan kekuatannya selepas memenangi dua pilihan raya negeri iaitu di Melaka dan Johor dengan memperoleh kemenangan dua per tiga

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya