[PAU 2021] Beri ruang pimpinan tentukan tarikh PRU-15 - Utusan Malaysia

[PAU 2021] Beri ruang pimpinan tentukan tarikh PRU-15

MOHD. ARIFF ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini akan menjadi medan terbaik untuk pimpinan dan ahli parti menyuarakan pandangan mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd. Ariff Abdul Majid berkata, begitupun perwakilan sewajarnya memberi ruang kepada Perdana Menteri, Presiden, Pengurusan BN dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk memperhalusi tarikh yang sesuai bagi melaksanakan PRU-15 di samping melihat persediaan jentera parti khususnya di peringkat akar umbi.

“Isu bila PRU-15 akan diadakan dijangka menjadi isu hangat yang akan dibincangkan dalam perhimpunan kali ini. Melihat rekod dua pilihan raya negeri baru-baru ini, saya percaya antara isu utama yang akan dibawa oleh perwakilan adalah berkenaan tarikh pembubaran Parlimen.

“Namun mengambil semangat parti yang mengamalkan prinsip musyawarah, saya berharap para perwakilan memberi ruang dan peluang kepada pimpinan untuk membuat keputusan mengenainya.

“Biarlah pimpinan parti berbincang sebaik mungkin bagi menentukan tarikh PRU-15 dan dipersetujui secara bersama antara Presiden, Pengurusan BN dan Perdana Menteri sebelum memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong berkenaan tarikh pembubaran Parlimen,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, Mohd. Ariff turut yakin Perdana Menteri akan membuat keputusan terbaik dalam menentukan tarikh PRU-15 dengan mengambil kira sisi pandangan serta keputusan daripada Presiden serta MKT.

“Perdana Menteri seorang ahli parti setia, yang setiasa mematuhi ketetapan parti, saya percaya beliau bijak membuat keputusan selaras dengan keputusan parti yang dipersetujui MKT secara bersama.

“Dalam hal ini, Pemuda UMNO Perak berpandangan bagilah ruang kepada Perdana Menteri, Presiden, Pengurusan BN dan MKT untuk menentukan tarikh terbaik bila PRU-15 akan diadakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya