Beri Hasni peluang bertanding Parlimen - Utusan Malaysia

Beri Hasni peluang bertanding Parlimen

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ramai dalam Pergerakan Puteri UMNO kecewa Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad tidak diangkat menjadi Menteri Besar Johor.

Menerusi ucapan dasar, Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, dengan mempercepatkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Hasni dapat diberi peluang sekali lagi untuk bertanding peringkat Parlimen.

“Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan kita kecewa kerana beliau tidak dapat meneruskan kepimpinannya dalam kerajaan negeri Johor, namun kita patut berikan penghargaan kepadanya di atas kejayaan mengemudikan UMNO Johor.

“Sekiranya saya dapat mencadangkan, parti harus memberi peluang kepada Hasni untuk bertanding lagi untuk kawasan Parlimen dalam PRU-15.

“Pastikan Barisan Nasional (BN) menang di seluruh negara dan tempatkan Hasni di tempat yang lebih tinggi lagi selepas ini,” katanya di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Zahida menyifatkan kesediaan Hasni melepaskan kedudukan untuk memberi peluang kepada pemimpin yang lebih muda adalah satu pengorbanan yang sangat luar biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya