[PAU 2021] Ahmad Zahid berjaya mengembalikan UMNO terajui kerajaan - Utusan Malaysia

[PAU 2021] Ahmad Zahid berjaya mengembalikan UMNO terajui kerajaan

PERWAKILAN UMNO mengibarkan bendera UMNO dan Barisan Nasional semasa nyanyian lagu rasmi UMNO dan Barisan Nasional ketika Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meskipun Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ditohmah sebagai Presiden UMNO yang tiada hala tuju, namun beliau berjaya mengembalikan UMNO untuk menerajui beberapa negeri seperti Perak, Melaka dan Johor malah kerajaan Pusat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, malah UMNO hampir terkubur di Sabah telah bangkit dan kini mempunyai 16 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Selain itu, di bawah kepimpinan Ahmad Zahid, Perdana Menteri kini merupakan seorang pemimpin daripada UMNO.

“Dalam Ucapan Penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2018 di dewan ini, Presiden menyebut bahawa sebelum PRU-15, UMNO mesti memimpin kerajaan Malaysia. Firasatnya itu terbukti benar bila Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021.

“Justeru, bila selesai perhimpunan ini, maka kita mesti bersiap siaga, demi ‘Abata’ Agama, Bangsa dan Tanah Air, bersedia untuk menghadapi peperangan politik Pilihan Raya Umum Ke-15. Jentera yang tersusun rapi dengan langkah yang berstrategi, Insya-Allah akan memberikan kita kemenangan,” katanya dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya